Kuih Bahulu - Resepi Kuih Bahulu Cermai

Antara kuih tradisional yang terdapat di negara kita dan tak kurang popular nya ialah kuih bahulu. Kuih bahulu sangat terkenal dalam kalangan orang melayu. Ia nya bukan sahaja mendapat permintaan yang tinggi semasa hari raya aidilfitri, malah kini kuih bahulu semakin terkenal dan menjadi trend dalam sesebuah perkahwinan untuk dijadikan sebagai buah tangan kepada tetamu. Selain itu, kuih bahulu juga sesuai untuk dijadikan menu minum petang bersama keluarga.

Terdapat pelbagai jenis kuih bahulu seperti, bahulu cermai, bahulu pusing, kuih bahulu kemboja dan beberapa lagi kuih bahulu yang telah dimodenkan. Sebenarnya resepi bahulu semua sama sahaja cuma acuannya sahaja yang berlainan bentuk.

Disini, saya ingin berkongsi dengan anda bahan bahan dan resepi untuk membuat kuih bahulu cermai.

 

Kuih Bahulu Cermai

Kuih Bahulu Cermai.


Bahan-bahan (Dalam 150 biji) :


14 biji telur gred A

500gm gula pasir

1 tsp esen ros

450gm tepung gandum

1 tsp baking powder

 

Cara-cara:


1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.

2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.

3. Tips 1. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.

4. Tips 2. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.

5. Tips 3. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau tidak mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selama 2 minggu. In sha Allah.

6. Tips 4. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan terlalu lama. Cuma sebentar sahaja dan tepung agak-agak hangat. Ini sama juga seperti kaedah orang diulu-dulu menjemur tepung.

7. Peringatan! Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik jika anda 'off' kan fat oven kerana kalau anda guna fan tersebut, bahulu akan mengecut sedikit nanti dan kelihatan tidak cantik.

 

       

 

*SELAMAT MENCUBA!*

Berikut merupakan resepi bahulu cermai. Nampak seperti mudah tetapi agak rumit tetapi jika anda betul betul mengikut resepi yang telah saya berikan, in sha Allah, Saya harap anda akan dapat membuat kuih bahulu cermai idaman anda.

 


- Recommended Websites

Here are some related websites where you can find more great information.

  • Panduan Perakaunan - Untuk Syarikat dan Perniagaan Sebuah Panduan Yang Dapat Membantu Anda Menguasai Asas Perakaunan Dalam Masa Yang Pantas Dan Berkesan
  • Rahsia Bina Produk Jenama Sendiri Terbongkar Rahsia mengeluarkan produk jenama sendiri dengan berjaya dalam masa hari Jana Pendapatan lumayan seperti jenama produk yang popular dan hangat...
  • Bengkel Intensif Rahsia Komunikasi Berkuasa Saya Perlukan MINIT Anda Dan Saya Akan Tunjukkan Kepada Anda Kenapa Pada dan Febuari Ini Cara Anda Berkomunikasi Akan Berubah...
  • Buat Duit Dengan Bisnes Produk Kurus! Komisen Tinggi Untuk Affiliate Rahsia Kami Jana Pendapatan Angka Dengan Menjual Produk Kurus Kepada Orang Gemuk
  • Video Ebook Rahsia Putu Piring, Putu Bambu & 10 Aneka Putu Special Ini merupakan panduan video ebook cara membuat putu piring putu bambu dan aneka putu special edition Pakej ini khas untuk...

Keyword Here - Comments

Download Ebook anda sekarang!

masukkan nama dan alamat emel anda.