Kuih Bakar - Resepi Kuih Bakar

 

     

 

 

     Anda dapat lihat gambar di atas? Ya. Kuih Bakar. Kuih Bakar merupakan salah satu kuih tradisional yang masih terkenal pada era 2020 ini. Ianya sangat terkenal terutamanya dalam kalangan orang melayu, Pada zaman dahulu, kuih bakar amat sukar untuk duibuat kerana tiada mesin khas untuh membuat kuih bakar ini. Tetapi pada hari ini, ianaya semudah abc. Semuanya terletak hanya di hujung jari anda. Pokok pangkalnya sama ada rajin atau malas.

 

Kuih Bakar ini sangat sesuai untuk dimakan pada bila bila masa. Sama ada untuk minum petang ataupun untuk dijadikan sebagai pencuci mulut di majlis majlis yang tertentu.

 

Jika dilihat dengan mata kasar, kuih ini sangat mudah untuk dibuat, namun ada berberapa teknik yang perlu diikut agar anda dapat membuat kuih bakar yang anda idam idamkan. 

Di sini, saya ingin berkongsikan kepada anda cara cara untuk membuat kuih bakar. Kuih Bakar ini dinamakan Kuih Bakar kemboja.

 

 

BAHAN- BAHAN :


400ml santan - dari satu biji kelapa *pastikan kelapa yang baru sahaja diparut

100gm tepung gandum

90gm gula pasir

60gm tepung kek

4 biji telur

2 sudu makan air daun pandan

1 susu teh esen vanila

sedikit bijan- *pastikan digoreng dahulu tanpa minyak

 

Anda sudah sediakan bahan bahan yang diperlukan seperti yang tertera di atas. okay sekarang mari kita lihat cara caranya pulak.

 

CARA MEMBUAT:

 

1. Pukul telur dan gula pasir sehingga kembang.

2. Maukkan bahan yang telah disediakan ( kecuali bijan) dan adunkan sehingg sebati.

3.Lengserkan sedikit minyak dalam acuan kuih dan seterusnya panaskan/ Kemudian tuangkan adunan anggaran 3/4 dari paras acuan.

4. Bakar sehingga separuh masak. Kemudian taburkan bijan dan barulah bakar lagi sehingga ianya benar- benar masak.

 

   

   Kuih Bakar Kemboja anda telah siap dan doleh dihidangkan!

   *SELAMAT MENCUBA!*

- Recommended Websites

Here are some related websites where you can find more great information.

  • Majalah digital Minda eUreka KSSR Majalah digital Minda eUreka adalah sebahagian daripada pembelajaran sekolah rendah dan digunakan sebagai bahan ulangkaji berteraskan KSSR KBSR Keperluan untuk...
  • Panduan Pertolongan Cemas Pentingnya Memiliki Ilmu Pertolongan Cemas Panduan Menyelamatkan Nyawa Insan Tersayang
  • Buat Duit Dengan Youtube Ketahui Cara Praktikal Mengeksploitasi Laman Video Youtube Untuk Promosi Produk Atau Program Internet Anda
  • Terbongkar... Kecurangan Pasangan Anda! Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga
  • Rahsia Coklat Buatan Tangan Dengan Kos Minimum Rahsia Perniagaan Coklat Buatan Tangan Dari Rumah Kini Terbongkar Ketahui Bagaimana Untuk Bermula Dengan Kos Yang Minimum

Keyword Here - Comments

Download Ebook anda sekarang!

masukkan nama dan alamat emel anda.