Resepi Kuih Tradisional

Pelbagai Resepi Kuih Tradisional

Walaupun kita semakin menginjak ke zaman 2020 tetapi kuih tradisional seperti kuih seri muka ini tetap menjadi tumpuan umum. Kuih Seri Muka memang tidak asing lagi dalam kalangan orang melayu. Boleh dikatakan kuih ini menjadi kegemaran orang ramai. rasanya yang manis sangat memikat hati siapa yang memakannya.

Kuih seri muka ini juga sesuai dijadikan sebagai menu sarapan pagi ataupun menu minum petang bersama seisikeluarga. kuih ini sesuai untuk semua lapisan umur kerana budak kecil juga amat gemar makan kuih ini.

 

     

 

 Cara pembuatan kuih seri muka ini juga tidak terlalu rumit. Di sini, saya ingin berkongsi bahan-bahan dan cara-cara penyediaan kuih seri muka ini. Semoga anda akan dapat membuat kuih seri muka idaman anda!

 

 

BAHAN-BAHANNYA:


300gm beras pulut

150gm gula pasir

2 biji telur

1 biji kelapa * perah 150ml santan pekat & 400ml santan cair

3 sudu makan tepung gandum

1 sudu makan tepung jagung

sedikit pewarna hijau

10 helai daun pandan *kisar dengan air untuk mendapatkan 150ml air pandan

garam secukup rasa

 

BAHAN PEMEKAT(SATUKAN):


3 sudu makan air

1 sudu makan tepung jagung

 

CARA-CARA MEMBUAT:


1. Rendam beras pulut selama satu malam. Bilas sehingga bersih kemudian toskan.

2. Pukul telur dan gula pasir sehingga hancur. Masukkan teoung gandum dan tepung jagung. Kemudian digaulkan hingga rata.

3. Kemudian campurkan santan pekat, air daun pandan dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.

4. Campurkan pulut dengan santan cair,garam dan dikacau rata.

5. Ratakan pulut ini ke dalam loyang berukuran 22sm dan kukus hingga masak. Gaulkan dengan bahan pemekat. Tekan-tekankan pulut ini supaya mampat.

6. Kemudian masukkan semula loyang dalam pengukus. Tuangkan adunan tepung atas pulut hingga rata. Kukus lagi sehingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.

7. Selepas sejuk, kuih boleh dipotong dan kemudian dihidangkan.

 

        

 

Mudahkan? Jadi apa lagi anda tunggu, dengan resepi ini saya harap anda dapat membuat kuih seri muka inidengan jayanya!

*SELAMAT MENCUBA!*

      

 

 

 

Download Ebook anda sekarang!

masukkan nama dan alamat emel anda.

Ads